Friday, 2 February 2018

Hayat Seekor Kucing...

Jangka Hayat Kucing..
Apabila Kucing Meningkat Tua Dan Jangka Hayatnya..






Kucing tidak akan hidup selama- lamanya, walaupun kita mahukannya begitu. Apabila kita berkongsi kediaman kita dengan kucing selama beberapa tahun, dia akan menjadi sebahagian daripada ahli keluarga, dan hubungan emosi yang kuat akan terbina.

Kucing memberikan rasa kasih yang tidak ada penamat dan tanpa syarat. Samada anda kacak atau tidak, cantik atau tidak, kaya atau miskin, kucing anda akan tetap bersama anda dan tidak akan mempersoalkan anda.

Kita boleh mencegah banyak masalah yang boleh mengancam atau mengurangkan jangka hayatnya jika keperluan asasnya dijaga dengan baik...
Kucing ialah haiwan yang sangat pandai menyembunyikan masalahnya, maka apabila umurnya semakin meningkat kita perlulah lebih peka terhadap sebarang perubahan dalam aktiviti harian dan perilakunya.



Pengesanan awal adalah kunci untuk meningkatkan hayat kucing dan memperbaiki kualiti hidupnya.



Berapa Lama Kucing Akan Hidup?

Ada beberapa formula boleh digunakan untuk menganggarkan umur kucing dinisbahkan kepada umur manusia. Secara umumnya boleh dikatakan kucing berumur 1 tahun bersamaan dengan manusia berumur 6 tahun.

Sebenarnya kucing mengalami pertumbuhan yang lebih pesat dalam beberapa tahun terawal dalam hidupnya. Jadi untuk tahun-tahun terawal kucing adalah bersamaan dengan lebih dari 6 tahun manusia.
Mungkin ada yang tertanya-tanya berapa purata umur kucing, kebiasaannya adalah antara 12 hingga 15 tahun, terutamanya jika kucing itu dipelihara sebagai peliharaan dalam rumah.

Tapi banyak juga kucing yang berumur sehingga 19– 20tahun.Jika kucing dibenarkan keluar dari rumah, jangka hayatnya akan berkurang disebabkan risiko yang ada di luar sana. Kucing terdedah kepada lebih banyak penyakit dan bahaya seperti racun, atau musuh utama kucing iaitu kenderaan dan manusia (kanak-kanak yang suka menyeksa binatang dan lain-lain.











Bilakah Kucing Dianggap Tua?

Timbul pula persoalan baru, apa yang dikatakan 'tua'? Susah juga nak tentukan bila sebenarnya kucing itu akan dikelompokkan sebagai tua.
Biasanya kita akan (atau sepatutnya) memulakan program khas penjagaan kucing yang sudah tua apabila kucing menjangkau umur 7 atau 11tahun.
Apabila kucing mencecah umur 12 tahun, kebanyakan kucing akan mula merasai kesan penuaan.


Terdapat beberapa penyakit yang muncul pada kucing disebabkan proses penuaan. Setiap sel dalam badan haiwan (juga manusia) diprogramkan untuk berfungsi pada sekadar-kadar waktu sahaja.
Kadaran itu berbeza-beza untuk setiap individu binatang walaupun untuk spesies yang sama. Dalam erti kata lainnya, kucing dan seluruh tubuhnya (termasuk kita) mempunyai tarikh tamat tempohnya.
Sesetengah binatang kelihatan tua pada umur 10 tahun, manakala yang lain pula lebih tegap dan masih bertenaga pada umur 15tahun.

Setengah organ tubuh kelihatan lebih cepat tua berbanding organ lain, dan inilah antara sebab mengapa beberapa masalah kesihatan lebih kerap berlaku pada kucing tua ..






Fakta Menarik Tentang Kucing-:

1. Kucing menyimpan tenaga dengan tidur sehingga 13-14 jam sehari.

2. Dalam bahasa Inggeris, kucing jantan dipanggil ‘Tom’ , kucing betina pula digelar ‘Molly’ dan anak kucing seperti yang anda semua tahu dinamakan
‘Kitten’.

3. Kucing mempunyai deria penglihatan yang sangat tajam di waktu malam iaitu enam kali lebih baik daripada penglihatan manusia.

4. Jangka hayat seekor kucing mencecah sehingga 11-15 tahun.

5. Kucing tiada deria rasa manis.

6. Menurut kajian, pemilik kucing jarang diserang penyakit jantung atau strok.

7. Kucing jantan akan menggunakan tangan kiri ataupun dipanggil kidal manakala betina lebih menggunakan tangan kanan ketika melakukan sesuatu.

8. Kucing mampu mengeluarkan 100 jenis bunyi yang 
berbeza dan setiap satunya mempunyai maksud dan tujuan.

9. Kucing kurang gemar bersosial seperti anjing, namun kucing lebih bijak menyelesaikan masalah sendiri contohnya cara untuk melepaskan diri dari dalam sangkar.Nakal!

10. Kucing boleh melompat sehingga enam kali ketinggiannya.

11. Kucing mempunyai deria pendengaran tiga kali lebih tajam berbanding manusia.

12. Kucing membersihkan diri dengan menjilat badannya, juga untuk menghilangkan bau manusia yang memegangnya.

13. Kajian menyatakan lelaki yang memiliki kucing mempunyai sifat manja dan sensitif seperti kucing. Lelaki yang memiliki kucing juga dikatakan romantik dan mempunyai hubungan cinta yang lebih baik.

14. Kucing boleh melahirkan anak seekor hingga sembilan ekor. Namun rekod kucing pernah melahirkan 19 ekor anak.


15. Jenis kucing paling mahal di dunia ialah ‘The Ashera’ yang mencecah ratusan ribu ringgit. Mempunyai rupa paras seakan seekor singa betina dan mempunyai jalur seperti harimau, namun saiz yang jauh lebih kecil.







Lagi Fakta Menarik Tentang Kucing.-:




1. Rasa sayang pada kucing dipanggil 'Ailurofobia'.

2. 25% pemilik kucing yang memandikan kucing mereka akan mengeringkan kucing mereka menggunakan pengering mereka.

3. Bahagian yang lembut pada hidung kucing biasanya mempunyai jenis corak yang unik seperti cap jari manusia.

4. Terdapat lebih 500 juta ekor kucing tempatan diseluruh dunia yang dibahagikan kepada 33 jenis berlainan.

5. Jantung kucing akan berdegup 2 kali lebih pantas dari jantung manusia pada kadar 110 ke 140 kali seminit.

6. Spesis kucing yang paling besar ialah Ragdoll yang mana spesis jantannya boleh mencecah berat 12 paun manakala betina antara 10 ke 15 paun.

7. Spesis kucing yang paling kecil di dunia pula ialah dari jenis Singapura dimana kucing jantannya hanya mempunyai berat sekitar 6 paun manakala betinanya pula dalam 4 paun.

8. Untuk menunjukkan rasa kasih kepada pemiliknya, seekor kucing akan menggetarkan ekornya ketika bersama-sama tuannya kerana itulah cara terbaik untuk kucing menunjukkan emosinya.

9. Kucing mempunyai 290 tulang di dalam tubuh mereka dan 517 lagi ialah otot-otot.

10. Adalah dikatakan manusia yang membela kucing peliharaan akan mempunyai hayat yang lebih panjang, lebih kurang tekanan dalam hidup dan kurang diserang serangan jantung.

11. Suhu normal bagi seekor kucing ialah sekitar 101.5 darjah iaitu ebih hangat dari manusia.

12. Umur kucing jika dibandingkan dengn manusia ialah, jika usianya 3 tahun, ia menyamai umur manusia 21 tahun. Ketika usianya 8 tahun, ia menyamai umur manusia 40 tahun dan jika kucing mampu hidup selama 14 tahun, ia samalah dengan manusia yang berumur 70 tahun.

13. Usia normal bagi kucing yang tinggal didalam rumah ialah sehingga 15 tahun manakala yang tinggal diluar pula ialah sekitar 3 hingga 5 tahun.

14. Kucing paling tua pernah dicatatkan ialah Puss, seekor kucing dari England yang mati pada tahun 1939, sehari selepas dia menyambut hari lahirnya yang ke 36!

15. Kucing paling pelik di dunia ialah seekor kucing betina dari Argentina yang bernama Mincho yang telah lari memanjat sebatang pokok dan langsung tidak turun sehinggalah dia mati 6 tahun kemudian.

16. Kucing yang 'bersosial' dikatakan akan mengikut pemiliknya dari satu bilik ke satu bilik yang lain untuk memerhatikan aktiviti tuan mereka.

17. Di Eropah dan Afrika, masih terdapat 2 jenis spesis kucing liar yang meneruskan aktiviti mereka memburu.

18. Kucing akan membunuh mangsanya melalui kaedah pergerakan namun tidak semestinya mengenali yang mangsanya ialah makanannya.

19. Pertunjukan kucing yang pertama dianjurkan di dunia ialah di Madison Square, New York City, New York pada tahun 1895.

20. Catatan tikus yang dibunuh paling banyak oleh seekor kucing ialah sebanyak 28,899 ekor dalam 21 tahun hayat kucing yang bernama Towser. Kucing ini mati pada tahun 1987.

21. Untuk mengelakkan kucing daripada mencakar perabot-perabot kita, cuba letakkan bau lemon atau oren dikawasan itu.

22. Kucing sebenarnya boleh mengetahui jika kita sedang menjerit ke arah mereka.

23. Lebih kerap kita bercakap dengan kucing, lebih berkemungkinan mereka akan 'bercakap' semula dengan kita.

24. Kucing paling kaya di dunia yang pernah dicatatkan dalam Guiness Book of World Record ialah sepasang kucing yang mewarisi harta bernilai $415,000 pada awal tahun 60an.

25. Di Amerika, kucing putih membawa maksud nasib yang baik.

26. Kucing boleh melihat warna namun kadang-kadang memang ada yang buta warna.

27. Anak-anak kucing akan mula bermimpi sejak usia mereka mencecah 1 minggu.

28. Kucing boleh melihat sehingga jarak 120 kaki jauhnya.

29. Kucing hanya memerlukan 1/6 sahaja jumlah cahaya yang diperlukan oleh manusia untuk melihat.

30. Mata kucing terdiri daripada 3 bentuk yang berbeza iaitu bulat, almond dan senget.

31. Mata kucing akan mula berubah bila usianya menjadi dewasa.

32. Semasa dilahirkan, anak kucing tidak dapat melihat mahupun mendengar.

33. Anak-anak kucing yang baru dilahirkan akan mula membuka matanya pada hari kelima selepas dilahirkan.

34. Anak-anak kucing yang baru dilahirkan akan mula menggunakan pendengaran dan mata mereka selepas 2 minggu dilahirkan.

35. Pada hari ke 20, barulah anak-anak kucing akan mula berjalan.

36. Kucing biasanya tidak sukakan makanan yang terlalu panas mahupun terlalu sejuk.

37. Mengikut pakar, kucing biasanya akan mengeluarkan bunyi dengkur jika ia sedang gembira ataupun sakit.

38. Kucing sepatutnya diberikan air minuman yang bersih sekurang-kurangnya sekali setiap hari.

39. Kucing memerlukan 5 kali lebih protein daripada apa yang anjing perlukan jadi kucing tidak boleh diberi makanan anjing.

40. Antara haiwan mamalia, kucing adalah mamalia yang paling banyak tidur yang mana 16 jam diperuntukkan oleh mereka untuk tidur.

41. Kucing akan lebih aktif di sebelah petang.

42. Lebih 30% daripada masa seharian kucing dihabiskan untuk mencantikkan diri mereka.

43. Berat purata bagi seekor kucing ialah 12 paun.

44. Kucing memang sukakan tempat-tempat yang tinggi seperti harimau bintang dan juga harimau kumbang.

45. Kucing paling berat pernah dicatatkan ialah Himmy, yang seberat 46 paun dan 15.25 aun pada tahun 1986 dan ukuran pinggangnya ialah 33 inci.

46. Kucing paling kecil pernah direkodkan pula ialah dari Illinois, Amerika Syarikat iaitu dari jenis Himalayan-Persian yang hanya mempunyai berat 1 paun, 8 aun dan berukuran 7.25 inci panjang dan 2.75 inci tinggi.

47. Kucing yang tidak 'dikasi' adalah lebih agresif.

48. Kucing yang menggigit manusia walaupun selepas diusap diperut sebenarnya bukanlah menggigit kerana marah sebaliknya gembira.

49. Kucing dewasa mempunyai 32 batang gigi.

50. Keupayaan kucing mengenal pasti tempat tinggalnya ialah dengan menggunakan kaedah graviti bumi.

51. Kucing sangat suka bersembunyi, jadi jika mendapati kucing anda tiba-tiba hilang, cubalah cari ditempat-tempat yang sesuai untuknya bersembunyi.

52. Orang-orang Mesir Purba akan mencukur bulu kening mereka sebagai tanda berkabung diatas kematian kucing kesayangan mereka.

53. Coklat boleh menjadi racun bagi kucing (kerana memiliki theobromine).

54. Ada penyakit mirip AIDS pada kucing disebabkan oleh FIV (Feline Immunodeficiency Virus).

55. Kucing persia adalah salah satu kucing berbulu panjang yang paling tua dan popular.

56. Kucing jenis Turkish Van sangat menyukai air sehingga digelar Turskish Swimming Cat. Beratnya boleh mencapai sehingga 9 kg.

57. Di zaman Mesir kuno, hukuman untuk membunuh kucing adalah hukuman mati.

58. Kucing punya memori yang lebih baik dari anjing, monyet dan orang utan.

59. Penglihatan kucing enam kali lebih baik dari manusia pada waktu malam kerana taperum lucidum, sel khusus yang menyerap cahaya.

60. Kucing mandi (menjilat dirinya) selepas mengalami kejadian berbahaya untuk menenangkan diri.

61. Jantung kucing berdenyut dua kali lebih cepat dari manusia (110-140 denyutan seminit).

62. Kucing jantan membiak setelah berusia antara 7-10 bulan, sementara kucing betina antara 5-9 bulan.

63. Semua kucing lahir dengan mata berwarna biru.

64. Kucing boleh mendermakan darahnya kepada kucing lain.

65. Kucing melangkah dengan kedua kaki kirinya dulu, baru kedua kaki kanannya.

66. Berbanding dengan ukuran tubuh mereka, kucing mempunyai mata terbesar berbanding mamalia yang lain.

67. Seekor kucing hamil selama 58-65 hari.

68. Kucing boleh membezakan warna ungu, biru, hijau dan kuning.

Dan akhir sekali, kalau seorang pencinta kucing berkahwin dengan pencinta kucing yang lain, mereka akan bahagia selamanya, betul ke?






Sekian info tentang kucing. Selamat membaca..


9 comments:

  1. wow terbaik. untuk pengetahuan tentang kehidupan seekor kuching boleh hidup sehingga 15 tahun pula

    ReplyDelete
  2. So kalau dia gigit atau guna kaki dia seolah mencengkam(kekadang dgn kuku) adakah dia tgh happy sngat2 kt kita?

    ReplyDelete
  3. Kucing sya mancoon sy bela selama 16thun..tapi sjak 2mggu ni sakit tak lalu mkan bnyk diam hnya mnum air..paling sedih dh tk ceria mungkin faktor usia terlalu tua.. sentiasa cpt lelah bila bejlan 2 langkah...mcm2 makanan sy cb ..smua sia2..hanya mngggu mase...sya sgt sedih selama 16 thun bela die seekor kucing yg sihat dan cergas....ape perlu sy buat eaa

    ReplyDelete
  4. moga Allah gantikan kesedihan awak dengan sesuatu yang lain.

    ReplyDelete
  5. moga Allah gantikan kesedihan awak dengan sesuatu yang lain.

    ReplyDelete
  6. Nda boleh bayangkanlah klau furqan tiada huhu.. Sudahlah umur nya nda d tau

    ReplyDelete
  7. alahai, umur kucing ni memang tak jangka

    ReplyDelete